fbpx
   

Perbezaan Pusat Kecantikan Dan Klinik Estetik

 

 

20160626_N60_UTS_KS_27_FC_PERBEZAAN-PUSAT-KECANTIKAN-DAN-KLINIK-ESTETIK

 

KEBANYAKAN pesakit datang ke klinik dengan komplikasi yang serius akibat daripada rawatan kecantikan yang kelihatan tidak berbahaya. Mereka terpaksa membayar beribu-ribu ringgit untuk membetulkan kecederaan yang disebabkan oleh pusat kecantikan.

Beberapa hari yang lalu, seorang pesakit datang ke klinik kami selepas membayar RM15,000 untuk rawatan rambut semula jadi atau herbal di sebuah salun rambut selama dua tahun tanpa hasil, dan menyedari bahawa itu satu penipuan. Selepas menjalani pemeriksaan badan, doktor mengetahui bahawa itu adalah masalah kulit kepala dan hormon dan dengan separuh daripada harga asal masalah pesakit telah diselesaikan.

Terdapat banyak perbezaan antara pusat kecantikan dan klinik estetik. Antaranya ialah:

Ubat-ubatan yang terhad memerlukan preskripsi daripada seorang pakar perubatan dan pakar perubatan perlu memastikan pelanggan sesuai untuk rawatan tersebut dari segi status kesihatannya dengan mengambil sejarah kesihatan dan pemeriksaan badan yang terperinci.

ESTETIK Oleh DR. JASMINE RUTH Pengarah Perubatan Nexus Clinic

Contohnya, jika tanpa diagnosis yang tepat, sesetengah ubat tahan selera akan memberi kesan sampingan psikologi yang berbahaya.

Kes yang lazim seperti masalah mati pucuk semasa menjalani hubungan kelamin ‘dirawat’ dengan ubat-ubat herba di spa kesihatan dan masalah tersebut mungkin berkenaan dengan diabetes dan masalah jantung. Jika pesakit dirawati oleh pakar perubatan, pakar perubatan boleh mengenal pasti bahawa pesakit sedang mengalami masalah yang mencurigakan.

Contohnya, banyak wanita mengalami pertumbuhan bulu di bahagian badan yang lain menjalani rawatan buang bulu di salun kecantikan tanpa pengetahuan bahawa mungkin mereka menghidapi penyakit berkenaan dengan hormon seperti Polycystic Ovary Syndrome (PCOS).

Kunci dalam merawati penyakit ialah diagnosa yang betul daripada merawat tanda-tanda penyakit (pertumbuhan bulu) yang diamal di KLINIK perubatan estetik kebiasaannya lengkap dengan kemudahan termasuk sekiranya berlaku kes kecemasan semasa prosedur dilakukan. pusat kecantikan.

Produk yang digunakan di pusat kecantikan tanpa kelulusan oleh pihak berkenaan, kemungkinan besar akan menyebabkan komplikasi seperti jangkitan kuman dan keradangan. Malah di klinik estetik, hanya ubat-ubatan yang diluluskan kerajaan boleh digunakan. Baru-baru ini, terdapat satu produk kecantikan didapati mengandungi bahan merkuri yang tinggi yang amat berbahaya terhadap ginjal dan pengembangan anak-anak.

Produk tersebut dijual dengan luas di pusat kecantikan selama beberapa tahun dan semenjak itu ia telah dilarang di pasaran. Situasi ini tidak akan timbul di klinik estetik kerana semua produk telah diuji dan disahkan oleh Malaysian National Pharmaceutical Control Bureau, rujuk www.bpfk.gov.my. Di pusat kecantikan, kemungkinan rawatan dilakukan oleh orang yang tidak terlatih dan tanpa pengawasan seseorang pakar perubatan. Di klinik estetik, pakar perubatan akan sentiasa hadir pada masa proses rawatan.

Di klinik perubatan estetik, kami sering mendapati pesakit yang datang dengan komplikasi utama seperti kulit terbakar semasa rawatan penyingkiran rambut, kecederaan akibat suntikan pengisi hidung atau bibir, komplikasi perut daripada herba berasaskan program penurunan berat badan dan masalah kulit kepala kerana rawatan rambut.

Pesakit harus berhati-hati supaya tidak melakukan rawatan perubatan seperti prosedur berdasarkan suntikan, pembedahan kecil atau mengambil ubat untuk mengelakkan komplikasi perubatan dan kecederaan serius, Profesionalisma dan kebolehpercayaan akan naik dengan adanya pakar perubatan yang boleh memberi amaran sebelum rawatan dimulakan.

Hanya pakar perubatan boleh menilai sama ada rawatan tersebut sesuai untuk pelanggan atau tidak. Tanpa pengetahuan perubatan, seseorang yang tidak berpengalaman atau terlatih akan menyebabkan kecederaan. Jikalau masalah timbul semasa rawatan, pakar perubatan boleh menangani masalah tersebut dan ini adalah amat penting kerana setiap rawatan mempunyai risiko

Get A Free Consultation

Drop us a message and we will be more than happy to schedule you for a consultation with our esteemed doctors or alternatively we will send you a quick quote for the desired treatment.

    Request A Skype Consultation

    Need a quick face to face consultation but you’re just too far away? No problem! Provide us with your basic details and Skype ID and you will receive an invitation from us and we can proceed from there.