fbpx
   

Tanam Benang Ayu Untuk Tegangkan Wajah

MEMILIKI bentuk wajah yang menarik seperti usia muda sememangnya menjadi idaman setiap insan. Walaupun hakikatnya, bentuk wajah memang berubah mengikut peredaran usia. Bertambahnya usia membuat kulit kehilangan jaringan lemak dan kolagen di sekitar wajah, khususnya di bahagian pipi sehingga membuat kulit menjadi kendur. Ini membuatkan kulit kelihatan layu dan mengecut. Kulit layu dan mengecut ini menjadikan wajah kelihatan tidak berseri dan muram. Ini merupakan lumrah buat golongan pada usia sebegini. Kebanyakan klinik estetik termasuk Nexus Clinic telah memperkenalkan prosedur threadlift atau tanam benang.

 

Teknik ini ialah salah satu pilihan yang popular saat ini. Untuk menjadikan wajah muka lebih menyerlah, prosedur ini menggunakan benang ayu khas bagi mengangkat wajah yang jatuh. Hasilnya wajah kelihatan lebih tegang dan tampak jauh lebih muda dari usia asal seseorang. Dengan teknik tanam benang ini seseorang tidak perlu tinggal di hospital dan menjalani pembedahan yang meninggalkan parut kerana jenis benang ayu yang digunakan ialah benang halus polydioxanone (PDO) yang biasa digunakan dalam operasi jantung dan ligamen.

 

Benang ayu ini dimasukkan di bawah kulit untuk merangsang jaringan kulit. Dengan penanaman benang ayu ini diharapkan jaringan kulit membuat fibroblas jaringan baru dan kolagen yang menghasilkan kencangan dari dalam ke luar, Rawatan tanam benang ayu ini tidak memerlukan masa yang panjang, tidak invasif dan tidak memerlukan pembedahan, Hasilnya amat berkesan dan memuaskan. d sehingga kesan lifting dapat dirasakan Kesan rawatan tanam benang ayu ini dapat dilihat dengan serta-merta dan hasilnya bertahan sehingga beberapa tahun.

 

Pakar doktor estetik bertauliah akan memberikan nasihat penjagaan muka terapi selepas prosedur ini agar kesan lifting boleh kekal lebih lama. Rawatan tanam benang ayu ini tidak memerlukan masa yang panjang: tidak invasif dan tidak memerlukan pembedahan. Hasilnya amat berkesan dan memuaskan. Ia boleh digunakan untuk mengangkat kening, pipi dan juga menegangkan kawasan rahang. Kaedah kecantikan terkini ini sangat ringkas dan benang ayu yang digunakan dapat diserap oleh tubuh dan tidak mempunyai kesan samping yang membahayakan jika dilakukan oleh doktor bertauliah yang terlatih. Downtime yang terlihat hanyalah lebam biru tetapi akan hilang dalam beberapa hari. Rawatan ini juga dicipta untuk mengurangkan bahagian-bahagian wajah dan badan yang kendur seperti menaikkan payudara, punggung, membentuk bibir dan batang hidung, menegangkan leher dan sebagainya.

 

Keistimewaan kaedah ini ialah benang yang digunakan mengandungi probiotik, vitamin C, kolagen dan serat. Para pelanggan tidak perlu rasa was-was kerana teknik ini dijamin selamat, berkualiti, berkesan dan juga halal kerana ia berasaskan tumbuh-tumbuhan. Nasihat paling penting untuk penjagaan wajah adalah mengunakan losyen sunblock apabila keluar, terutamanya semasa dalam perjalanan jauh balik ke kampung, walaupun setakat berkepit di dalam kereta dan berada dalam keadaan berhawa dingin. Orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan tanam benang ayu dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor yang bertauliah untuk menghindari sebarang komplikasi yang boleh berlaku. Rawatan ringkas jamin membuatkan wajah anda tegang, berseri dan sentiasa tampak bersedia untuk menyambut tetamu dan saudara mara yang datang melawat. kawasan rahang.

 

PLATELET RICH PLASMA RAWAT GUNA DARAH SENDIRI.

 

Sementara itu, orang ramai yang inginkan teknik lain menganjalkan wajah dan awet muda, boleh mencuba Platelet Rich Plasma (PRP). PRP merupakan plasma darah yang kaya dengan platelet dan mengandungi banyak faktor pertumbuhan. PRP boleh merangsang pertumbuhan, meningkatkan pembaharuan sel stem dan menstimulasi pengeluaran kolagen dan fiber untuk penyembuhan dan keanjalan kulit. Selain daripada kegunaan untuk kulit dan muka, PRP juga digunakan untuk sel stem proses penyembuhan tulang, sendi dan otot-otot. Dengan menyuntik plasma yang kaya dengan platelet, hormon faktor pertumbuhan ke dalam lapisan kulit, ia akan merangsang pertumbuhan sel kulit dan kolagen. Dengan kuantiti kolagen yang banyak, kulit akan menjadi lebih gebu, bersinar, bersih dan tegang. PRP digunakan untuk pelbagai sebab dan kebanyakan untuk mempermudakan kulit penyakit. Selain itu, PRP boleh bertindak sebagai (filler) semula jadi yang boleh mengisi ruang pada garis dan lekuk pada wajah.

 

Rawatan yang lain untuk PRP juga merangkumi: Pengisian bibir, pembentukan hidung dan definisi pipi. PRP mampu mengatasi masalah keguguran rambut dengan merangsang pertumbuhan sel rambut sehingga tumbuh semula. Oleh itu, kegunaan popular PRP adalah untuk pertumbuhan rambut, memutarbalikkan penjarangan rambut dan masalah kebotakan. Oleh kerana PRP menggunakan darah penyakit sendiri, rawatan ini tidak mempunyai risiko alergi, reaksi atau penolakan. RegenKit yang mengandungi tub yang steril digunakan untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Tidak ada bahan tambahan untuk memastikan penyakit cuma menggunakan faktor pertumbuhan sendiri. PRP menggunakan darah pesakft jemflii. rawatan ini tidak mempunyai risiko alergi. reaksi.

Get A Free Consultation

Drop us a message and we will be more than happy to schedule you for a consultation with our esteemed doctors or alternatively we will send you a quick quote for the desired treatment.

    Request A Skype Consultation

    Need a quick face to face consultation but you’re just too far away? No problem! Provide us with your basic details and Skype ID and you will receive an invitation from us and we can proceed from there.